SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALLAHU AKBAR.. allhummasolli a'la saidina muhammad waa'la alihi wasohbihi wasallam.. bismillahi waa'la barokatillah..
sdikit perkongsian dr ana utk sahabat skalian..
ana dpt jawapan ini drp KOLEKSI SOAL JAWAB AGAMA di laman web FACEBOOK,, syukran to ALLAH syukran to those related person :
1. Ikhlas kerana Allah Ta‘ala.
2. Memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji-muji nama Allah serta memberi selawat dan salam kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
3. Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.
4. Berdoa disertai dengan kerendahan hati, khusyuk, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya.
5. Menghadap kiblat dan menadah dua tangan.
6. Berwudhu.
7. Berdoa dengan jalan bertawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah Ta‘ala.
8. Bertawassul dengan amal salih yang dikerjakan oleh orang yang berdoa.
9. Menjauhi segala maksiat.
Demikian juga, berterusanlah berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali. Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam suka mengulang-ulang doa itu sebanyak tiga kali.
Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu berkata:
أنَّ رَسُو َ ل اللهِ صَلَّى اللهُ عََليْهِ وَسَلَّمَ كَا َ ن يُعْ ِ جبُهُ َأ ْ ن يَدْعُوَ َث َ لاًثا وَيَسْتَغْفِرَ َث َ لاًثا
(رواه أبو داود)
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyenangi supaya seseorang itu berdoa tiga-tiga kali dan beristighfâr tiga-tiga kali.”
(Hadits riwayat Abu Daud)
solat juga adalah bentuk DOA yg kta lakukan, ana pn trtanya jga bagaimana hukum menangis dlm solat.. jwpn dr KOLEKSI SOAL JAWAB AGAMA :
Perbuatan menangis di dalam solat dibenarkan iaitu menangis kerana perasaan sedih yang tidak dapat dibendung. Bukan kerana mengada-ngada atau dipaksa. Contohnya : kita akan dapat mendengar mereka yang memahami ayat al Quran apabila membaca ayat yang berkaitan dengan azab semasa solat lalu mereka akan menangis teresak-esak.
Dalil yang menunjukkan dibolehkan menangis di dalam solat dari hadith :
AbduLLah bin Syikir katanya (yang bererti) Aku melihat RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam mendirikan solat sambil baginda teresak-esak bagaikan dadanya terdapat air mendidih di dalam cerek. (Hadith diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, serta Tirmidzi yang mengesahkannya)
Dan pernah juga Saidina Umar bin al Khattab radiyaLLahu anhu menangis ketika beliau membaca surah Yusof.
Sumber Rujukan :Ustazah Zurina Khalid, Fardhu Ain dan Permasalahan, Pustaka Haji Abdul Majid, 2000
ana kagumi tntg pengharapan seorang hamba pd penciptanya! wahhhhh..alhamdulillah.. kutemu amalan para solihin..
ini antara kata ulama salaf bagaimana beliau mendatangkan khusyuk pada dirinya :
Ulama’ salaf, Hatim bin al Assam : Ditanya mengenai cara beliau beliau sembahyang.
‘Saya bertakbir dengan betul, membaca dengan tartil, rukuk dengan khusyuk, sujud dengan penuh rasa hina, saya membayangkan syurga di sebelah kanan saya dan neraka di sebelah kiri, jambatan Siratal Mustaqim di bawah kaki saya, Ka’abah di antara dua kening saya, dosa-dosa saya mengelilingi saya dan pandangan Allah kepada saya’
‘Saya menganggap inilah sembahyang terakhir dalam hidup saya dan melakukannya dengan ikhlas setakat terdaya, kemudian saya memberi salam. Saya tidak tahu samada Allah menerimanya atau tidak, sekiranya tidak, pasti Dia akan mencampakkannya (sembahyang ) itu ke muka orang yang mengerjakannya’
klau dr ana sndri.. SABAR adalah tunjang utama dlm kita brdoa,, bila berdoa seseorang hamba itu akn meletakkan pengharapan yg sgt2 tinggi pd RABB!.. kita akn berserah segala kputusan pd NYA sma ada nk beri @ x..
jd,, utk mngelak rasa kecewa/sedih/down bila ap yg di pinta itu x sprti yg di harap..kita harus benar2 faham konsep tawakkal,, yakni.. setelah jwpn di beri drp DOA yg di pohon,, kita harus SYUKUR,GEMBIRA & REDHO menerimanya.. krn "la yukal lifullahu nafsan wus 'aha: Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"..
tawaran yg sgt hebat dr NYA,, "orang yg SABAR akn sentiasa berada di sisi Nya..".. JD xkn kita LEPASKAN peluang EMAS ni!!.. bila sabar ertinya pengharapan kita x lepas utk nya.. xkisah lah bila DIA nk jawab..manusia slalu nk cepat.. sabar la.. ap yg penting pegang kata2 ni "wahai anak2 ADAM,, pintalah2 nescaya akan AKU perkenankan"..
sebanyak mana pun ILMU yang di pelajari namun AMAL tetap di tuntut!!.. ayuh cek & update manakah ILMU yg slalu kta tidak mengamalkan nya.. susuli lah ia dgn IKHLAS yg berpanjangan..insyaallah..wallhua'lam..SALAM MUJAHADAH untuk SEMUA..
2 comments:
salam kak.wah jazakillah atas perkongsian tu.kdg2 manusia mengeluh knapalah doaku tak makbul2 pun.ketahuilah sesungguhnya Allah xkan menerima doa orang yang lalai.ayo koreksi diri!
salam..syukran to ALLAH 4 this valuable formula..^_^ alhamdulillah..
Post a Comment