Subhanallahiwabihamdihi..subhanallahil a’dzim..
Air mata kerinduan itu akhirnya menitis kembali
Lama dia menanti, lama dia berharap
Kini sudah dimiliki
Saat ia menitis mengalir dipipi
Dia menjadi saksi yang setia
Menyimbahkan lautan kasih yang tidak berbelah bagi
Lalu bibir yang kelu dengan kata-kata
Meluncur laju bertasbih dan bertahmid
Ketika itu dia bahagia
Kerana akhirnya penantian itu berakhir
Cintanya berbalas
Dia yang setia ada bersama
Mengubati luka itu
Dia bangga punyai Ruang Waktu bersama dia
Dia percaya bahawa dia tidak mungkin berpaling
Tika Dia hadir membawa Cinta
Dua pasang lutut menjadi saksi
Dua pasang mata mesra berbakti mengalirkan air mata suci
Dahi yang merindui sentuhan lembut di lemparan sajadah
Asyik sekali meni’mati saat yang membahagiakan itu
Alhamdulillah..dia bahagia bersama Dia
Harapan dia,,
Semoga Dia mengurniakan lagi.. ‘Air Mata Rindu’
HASBIRABBI JALLALLAH!