Wednesday, August 17, 2011

Anak Emak


hari ini saya peluk emak
kuat, tak mahu lepaskan
saya pandang wajah redup emak
sambil dibelai lembut, emak lontarkan senyuman indah

saya masih peluk emak erat-erat
bangga punyai lagi waktu bersama emak
lihat wajah emak dekat-dekat
yang jarang-jarang dapat saya buat
kerana keluar berjuang dinegeri orang
perlahan-lahan mak lepaskan pelukan
emak penat
perlukan rehat secukupnya
kerana esok hari emak akan terus berjuang lagi
menjalankan tanggugjawabnya sebagai ibu mithali

hari ini saya masih berpeluang makan sepinggan
duduk bersimpuh bersama
solat berjamaah satu saf
tapi esok hari saya tidak tahu
dapat ni'mati waktu itu lagi atau tidak
segalanya masih dalam rahsia-Nya

saya suka cara mak,didikan mak,akhlak mak
selepas Rasul dan para sahabatnya emaklah contoh terbaik untuk saya ikuti
sayang mak..

~mawar mujahidah pilihan Allah, hebatnya mengalahkan perwira..dialah anak yang soleh,isteri yang baik,ibu mithali, juga hamba yang taat pada Tuhannya serta sayang pada agamanya. dimanakah dia mawar itu? banyak yang gugur.. banyak yang musnah diserang kumbang dan serangga perosak. ayuh tanam benih yang baik, baja dan sirami dengan tetap dan berhemah..agar mawar itu mekar mewangi..sangat cantik dipandang tapi sukar utk didekati..

PesanNya: Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...