Wednesday, May 15, 2013

Celoteh Kosong 2013 =P

Assalamulaikum pembaca blog Hamba Kasih Ilahi :)
Kepada yang baca full text atau yang hanya baca tajuk post syukran ana ucapkan atas kesudian klik atau 'ter' klik link blog ana. Biasa la, kerja uncle google memang macam tu. Taip lain, lain pula result 'search' nya.  
Afwan..afwan..

Tik Tok Tik Tok.. 2013 dah setengah tahun berlalu. Sekarang kita sudah berada dalam bulan Mei. Ana (bukan kaki blog) seperti biasa setiap tahun kerjanya mengemas habuk-habuk dan sawang yang berselirat. Inilah kesan kurang gemar menaip. Selama ni ana tidak serius update artikel disini dan juga bukan fokus utama penyampaian tazkirah.

Dahulu kala asbab atau penyebab utama ana menulis blog adalah pengaruh kawan-kawan. Acecece.. Hehe. Macam-macam lah gaya penulisan blogger yang ana perhatikan. Sedikit sebanyak blogger diluar sana beri gambaran bagaimana penyampaian sesuatu maklumat atau pengisian dapat diberi dengan pelbagai kaedah. Yang penting penulisan blog dapat menarik minat 'silent reader' yang asyik mencedok maklumat-maklumat yang berguna. Jika penulisan kita itu sahih sumbernya dan tepat segala fakta yang diungkap tak mengapa, tetapi kalau lah blogger suka suki menggoreng itu dan ini tanpa cek kesahihannya alangkah malangnya si silent reader itu. KIta lah akan dipertanggungjawabkan kelak atas sikap kurang amanah dalam menyampai.

Blog 'kanak-kanak' ni penuh dengan cacat cela. Allah... segan nya! manakan tidak, kadang kala post tidak bertajuk. Ikut suka nak publish saja.. Tak masuk lagi dengan typing error yang berguni-guni itu. Makanya ana buat keputusan, diusia yang sedikit matang ni (acecee..) ana nak hapuskan mana-mana post yang perlu. Ana dapati post masa muda-muda dulu terlalu keanak-anakan. Walaupun masih ada unsur-unsur bahan tarbiah tetapi tidak boleh diselamatkan lagi. Pendek kata, ana tak mau delete blog ni. Every single things come to my life have its own valuable values. Jadi, ana hanya akan 'topup' dengan bahan-bahan lain yang terbaru.

Ok.. jam dah lama melepasi pukul 12. Dan hari ini dah masuk 16 Mei (Hari Guru). Bersempena sambutan hari guru ini, ana ucapkan Selamat Hari Guru kepada insan-insan mulia yang pernah mengajar ana secara direct atau tidak. Khususnya ucapan terima kasih yang tak terhingga ana ucapkan kepada guru yang mengajar ana di:
Tabika Kemas Paya Tanjong
Sekolah Kebangsaan Paya Dalam
Sekolah Rendah Agama Paya Dalam
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota
Kolej Matrikulasi Kedah
Universiti Malaysia Pahang

Ucapan yang lebih istimewa, untuk abah tersayang.. Abah, selamat mengajar esok. Terima kasih sebab abah beri suapan makanan yang bersih. Hasil titik peluh abah menabur bakti pada anak bangsa. Tahun ni tahun last yer abah.. Lepas ni pencen, abah rehat lah dirumah teman kan emak yang soleh itu. hihi.. Biar kami anak-anak yang jaga abah dan emak. Moga Allah cucuri rahmat keatas emak dan abah tercinta didunia dan akhirat.

Kepada kaki blog, silent reader, stalker dan segala jenis insan yang menziarahi blog ini, ana dahului dengan ucapan terima kasih. :) Diam-diam blog ini dah berusia 4 tahun.. hihi.. JAZAKALLAH..





Wednesday, October 10, 2012

Bi iznillah




Tuhanku,,
Izinkanlah..
Izinkan aku dekat denganMu
Semakin hari hati berdebar tak menentu
Meronta-ronta memanggil namaMu
Adakah aku punya usia dan waktu
Untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu?

Tuhanku,,
Diriku membayangi
Tapak kaki ini bertapak di bekas tapak kaki kekasihMu
Diriku membayangi
Dahi ini menyentuh lembut ke lantai itu
Diriku membayangi
Ka’bah berada tepat dihadapanku

Tuhanku,,
Ajaibnya perasaan ini
Ia membina satu tekad mematri janji
Membangkitkan seluruh pancaindera kurniaan illahi
Membuktikan cita-cita ini bukan hanya sekadar mimpi

Tuhanku,,
Sedarku akan badai yang menanti
Untuk mencapai bintang dilangit yang tinggi
Nekadku bukan gurauan
Aku yakin.. pasti ada jalannya

Tuhanku,,
Jika lemah Kau kuatkanlah
Jika payah Kau mudahkanlah
Jika jauh Kau dekatkanlah
Jika kurang Kau tambahkanlah
Ya Razak.. Ya A’lim..

Kau murahkanlah rezekiku
Dengan meningkatkan kepakaranku
Kau murahkanlah rezekiku
Dengan membuka pintu hatiku mengkaji ilmuMu
Kau murahkanlah rezekiku
Dengan menambahkan mutu perkerjaan dan urusanku
Sesungguhnya DUNIA itu jambatan AKHIRAT ku
Agar aku sampai ke KOTA SUCI itu..
Mekah Al-Mukarramah.. Madinatul Munawarah..



Copyright @ Allah S.W.T 

Wednesday, August 17, 2011

Anak Emak


hari ini saya peluk emak
kuat, tak mahu lepaskan
saya pandang wajah redup emak
sambil dibelai lembut, emak lontarkan senyuman indah

saya masih peluk emak erat-erat
bangga punyai lagi waktu bersama emak
lihat wajah emak dekat-dekat
yang jarang-jarang dapat saya buat
kerana keluar berjuang dinegeri orang
perlahan-lahan mak lepaskan pelukan
emak penat
perlukan rehat secukupnya
kerana esok hari emak akan terus berjuang lagi
menjalankan tanggugjawabnya sebagai ibu mithali

hari ini saya masih berpeluang makan sepinggan
duduk bersimpuh bersama
solat berjamaah satu saf
tapi esok hari saya tidak tahu
dapat ni'mati waktu itu lagi atau tidak
segalanya masih dalam rahsia-Nya

saya suka cara mak,didikan mak,akhlak mak
selepas Rasul dan para sahabatnya emaklah contoh terbaik untuk saya ikuti
sayang mak..

~mawar mujahidah pilihan Allah, hebatnya mengalahkan perwira..dialah anak yang soleh,isteri yang baik,ibu mithali, juga hamba yang taat pada Tuhannya serta sayang pada agamanya. dimanakah dia mawar itu? banyak yang gugur.. banyak yang musnah diserang kumbang dan serangga perosak. ayuh tanam benih yang baik, baja dan sirami dengan tetap dan berhemah..agar mawar itu mekar mewangi..sangat cantik dipandang tapi sukar utk didekati..

PesanNya: Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

Wednesday, July 27, 2011

Air Mata Rindu


Subhanallahiwabihamdihi..subhanallahil a’dzim..

Air mata kerinduan itu akhirnya menitis kembali

Lama dia menanti, lama dia berharap

Kini sudah dimiliki

Saat ia menitis mengalir dipipi

Dia menjadi saksi yang setia

Menyimbahkan lautan kasih yang tidak berbelah bagi

Lalu bibir yang kelu dengan kata-kata

Meluncur laju bertasbih dan bertahmid

Ketika itu dia bahagia

Kerana akhirnya penantian itu berakhir

Cintanya berbalas


Dia yang setia ada bersama

Mengubati luka itu

Dia bangga punyai Ruang Waktu bersama dia

Dia percaya bahawa dia tidak mungkin berpaling

Tika Dia hadir membawa Cinta


Dua pasang lutut menjadi saksi

Dua pasang mata mesra berbakti mengalirkan air mata suci

Dahi yang merindui sentuhan lembut di lemparan sajadah

Asyik sekali meni’mati saat yang membahagiakan itu

Alhamdulillah..dia bahagia bersama Dia


Harapan dia,,

Semoga Dia mengurniakan lagi.. ‘Air Mata Rindu’

HASBIRABBI JALLALLAH!

Friday, June 24, 2011

Kasih yang tak dibalas..adilkah?

Bismillah..Ar-Rahman..Ar-Rahim..
Allahumma solli a'la Saidina Muhammad, Wa a'la alihi wasohbihi wasallam.

KASIH. Bagi sesetengah orang, perkataan ini sangat sensitif untuk dibahaskan. Lebih-lebih lagi persoalan kasih sayang yang cuba saya bangkitkan dalam tajuk post kali ini. "Kasih yang tak dibalas..adilkah?"

Kasih ibu pada anaknya
Kasih sesama keluarga
Kasih bersahabat
Kasih sesama suami isteri
Kasih pendidik pada pelajarnya
Kasih manusia pada haiwan, tumbuhan serta kebendaan
dan..
Kasih Allah pada Hambanya..

Lazimnya, manusia cukup-cukup sensitif untuk membahaskan 6 kasih teratas. Diringkaskan kasih sayang sesama makhluk. Maka akan timbullah pelbagai isu, penganugerahan, hukuman, dan sebagainya untuk meraikan kasih tersebut.
Tetapi masih tipis kesedaran tentang Kasihnya Tuhan pada Makhluknya untuk dibahaskan, difikirkan, diraikan, disanjung, diwar-warkan..
Bacalah bingkisan sajak buat kita untuk muhasabah diri - perkongsian daripada sahabat fb

*******

Untukmu yang selalu Kucintai,
Saat kau bangun di pagi hari, Aku memandangmu dan
berharap engkau akan berbicara kepadaKu., bercerita,
meminta pendapatKu, mengucapkan sesuatu untukKu
walaupun hanya sepatah kata.

Atau berterima kasih kepadaKu atas sesuatu hal yang
indah yang terjadi dalam hidupmu pada tadi malam, kemarin, atau waktu yang lalu….
Tetapi Aku melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja…
Tak sedikitpun kau menyedari Aku di dekat mu.

Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap,
Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKu, tetapi engkau terlalu sibuk…

Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apapun.
Kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kakimu.
Aku berfikir engkau akan datang kepadaKu, tetapi engkau
berlari ke telefon dan menelefon seorang teman untuk sekadar berbual-bual.

Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan Aku
menanti dengan sabar sepanjang hari. Namun dengan
semua kegiatanmu Aku berfikir engkau terlalu sibuk
untuk mengucapkan sesuatu kepadaKu.

Sebelum makan siang Aku melihatmu memandang ke
sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara
kepadaKu, itulah sebabnya mengapa engkau tidak
sedikitpun menyapaKu.

Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan
melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKu
dengan lembut sebelum menjamah makanan yang kuberikan,
tetapi engkau tidak melakukannya…..

Ya, tidak mengapa, masih ada waktu yang tersisa dan
Aku masih berharap engkau akan datang kepadaKu,
meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya
seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menghidupkan TV, Aku
tidak tahu apakah kau suka menonton TV atau tidak,
hanya engkau selalu ke sana dan menghabiskan banyak
waktu setiap hari di depannya, tanpa memikirkan apapun
dan hanya menikmati siaran yang ditampilkan, hingga waktu-
waktu untukKu dilupakan.

Kembali Aku menanti dengan sabar saat engkau menikmati
makananmu tetapi kembali engkau lupa menyebut namaKu
dan berterima kasih atas makanan yang telah Kuberikan.

Saat tidur Kufikir kau merasa terlalu lelah.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu,
kau melompat ke tempat tidurmu dan tertidur tanpa
sepatahpun namaKu kau sebut. Tidak mengapa kerana mungkin
engkau masih belum menyedari bahawa Aku selalu hadir untukmu.

Aku telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari.
Aku bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. Aku sangat menyayangimu, setiap hari Aku menantikan sepatah kata darimu, ungkapan isi hatimu, namun tak kunjung tiba.

Baiklah….. engkau bangun kembali dan kembali Aku
menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan
memberiKu sedikit waktu untuk menyapaKu…

Tapi yang Kutunggu … ah tak juga kau menyapaKu.
Subuh, Zuhur, Asar, Magrib, Isya dan Subuh lagi
kau masih tidak mempedulikan Aku.

Tak ada sepatah kata, tak ada seucap doa, tak ada
pula harapan dan keinginan untuk sujud kepadaKU….

Apakah salahKu padamu …? Rezeki yang Kulimpahkan,
kesihatan yang Kuberikan, Harta yang Kurelakan, makanan
yang Kuhidangkan , Keselamatan yang Kukurniakan,
kebahagiaan yang Kuanugerahkan, apakah hal itu tidak
membuatmu ingat kepadaKu ???

Percayalah, Aku selalu mengasihimu, dan Aku tetap
berharap suatu saat engkau akan menyapaKu, memohon
perlindunganKu, bersujud menghadapKu … Kembali kepadaKu.

Yang selalu bersamamu setiap saat,
Tuhanmu….

*******
Masih meragui Kasih Nya?
Masih berat untuk membalas?
Masih berkira untuk bertindak adil?

Semua persoalan ini harus ditujukan pada diri. Setiap hari, apabila bangkit dari tidur..ajar akal kita untuk berfikir, menghargai, dan siapkan diri untuk banyak memberi sepanjang melewati detik-detik sepanjang hari itu. Insyaallah, dengan izin Allah tanpa kita sedari, kita akan mula bersikap adil. Segala pekerjaan dan ibadah yang berat akan menjadi ringan.. Bila hati tenang, dengan sendirinya 'kasih' akan tercipta.. Kasih suci yang lahir dari hati yang sejahtera.

"Tulusnya kasih seorang hamba pada Tuhannya dapat dilihat pada layanannya, buah fikirnya, percakapan dan segala tindak tanduknya..maka jangan bimbang dan meraguinya dalam berkasih sayang.. Kerana Hati itu akan menggambarkan peribadinya.."


Sesungguhnya..

[78]
"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
[79]
"Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,
[80]
"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
[81]
"Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;

[82]
"Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
[83]
"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
[84]
"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;
[85]
"Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;
[86]
"Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;
[87]
"Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -
[88]
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
[89]
"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

Surah Asy-Syu'araa..


Yang memberi kita segala yang diperlukan untuk hidup diatas muka bumi ini adalah Allah. Dan Allah memberinya dengan penuh kasih sayang. Sangat dekat dengan kita. Setianya tiada tandingan. Tidak bermaksud saya membangkang fitrah manusia yang mahu menyayangi dan disayangi itu. Tidak sama sekali. Sebaliknya, saya ingin menyeru pada diri dan saudara yang lainnya agar tidak terlibat dengan 'Kasih Buta'. (sengaja meniru kata-kata 'Cinta Buta' ^^)

Fahamkah apa itu 'Kasih Buta' ? Ia tidak lain tidak bukan membawa maksud kasih yang melebihi had. Melebihi had sehinggakan terabai Kasih kita pada NYA. Kasihkan keluarga, hidup bermatian mencari harta benda hingga lupa tanggungjawab sebagai hamba. Menunaikan solat, memberi didikan agama yang sempurna dan banyak lagi. Kasihkan teman hingga banyak masa dihabiskan untuk berbual, keluar jalan bersama. Begitu juga kasih-kasih yang lainnya.

Bagaimana nak membalas kasihNya?

Sudah tentu kita hamba yang lemah. Tidak akan mampu untuk membayar dan membalas dengan apa-apa pun yang ada dimuka bumi ini. Allah memberikan kasihnya tidak mengira darjat, pangkat, dan usia. Tidak mengira kaya miskinnya seseorang itu. Begitu tulus, tidak meminta untuk kita gadaikan maruah diri untuk membalas kasihnya.

Allah itu tidak kejam pada hambanya. Tidak pernah menzalimi kita dalam usaha mengasihiNYA. Hanya dengan menyebut kalimah-kalimah suci seperti subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar, mengalunkan ayat suci kalam indahnya, menyebarkan risalah tauhid, menegakkan kesucian agama..itu semua sudah memadai bagiNYA.
Dan yang paling mudah..laksanakan perintahnya, jauhi larangan. Insyaallah, sekiranya benar-benar tulus ia dilakukan hanya kerana Allah..kerana kasihkan Allah, Ya Latif, Yang Maha Lembut itu pasti mencurahkan kasih sayang Nya yang lebih mendalam.
"Selangkah mendekatiNya, Sepuluh langkah Allah datang pada kita"

Bawa Dia bersama dalam tiap langkah-langkah kehidupan. Disitulah 'kasih' akan tercipta..
Dengan syarat "mahu mencipta mahu"






-------->>>>>>>>>>> ♥
(¨`·.·´¨) *Always *
`·.¸(¨`·.·´¨) *Keep*
(¨`·.·´¨)¸.·´ *Zikir!*
`·.¸.·´ *peace 4 Iman*



***kami ingin ke syurga tanpa disiksa terlebih dahulu***


Tuesday, March 22, 2011

:: Tarbiah Cinta ::




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Dan barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukoh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan.
(Lukman:22)

ukhti fillah,, saudara perempuanku..

tidak perlu di terang dengan jelaan madah

tidak perlu di terang dengan adu domba

tidak perlu di terang tentang duduk perasaannya

hanya menatap wajahmu nan indah

hanya melihat gerak langkah, tutur bahasanya

sudah cukup menceritakan segalanya..



ketahuilah bahawa dirimu sedang dibelai manja..

kembalilah..kembalilah..kembalilah

serahkan segalanya pada Yang Esa..

fabiayyialaa irobbikuma tukazziban..

sodakallahul a'dzim..

begitulah manisnya ukhuwah tarbiah..




kebahagiaan yang hakiki adalah buahan tawakkal yang lahir dari hati yang taqwa..
hati yang bersih..hati yang yakin..hati yang penuh dengan Cinta Illahi..

Subhanallahiwabihamdihi..
Subhanallahil a'dzim..
Bukan bererti diri ini tidak mempedulikan kehadiranmu
Hanya ingin membuka ruang untuk dirimu tetap bersama dengan-NYA
Hargailah detik-detik yang dilalui..Layarilah kehidupan ini dengan penuh makna
Tanyalah pada diri..Dimana letak Dia di hati?..
Benarkah "hidup & mati" hanyalah kerana Dia
Jika "Ya" jawapannya..bersiap siagalah!

~KERANA DIA TERLALU ISTIMEWA~



Bingkisan buatmu..
Yang setia dalam mujahadahnya..

when you say..
"I can't solve this.."

ALLAH tells you
"I will direct your path"

when you say..
"It's impossible"..

ALLAH tells you
"Everythings is possible"

when you say..
"I feel alone.."

Allah tells you
"Never will I leave you; never will I forsake you."

when you say..
"I can't do it.."

ALLAH tells you
"You can do everythings through me, I gives you the strength."

when you say..
"I don't deserve forgiveness.."

ALLAH tells you
"I have forgiven you."

when you say..
"I am afraid.. "

ALLAH tells you
"Do not fear, for I am with you; I will strenghthen you and help you."

when you say..
"I am tired.."

ALLAH tells you
"Come to me, all you who are weary and burdened, and I will give you rest."

when you say..
"No want really loves me"

ALLAH tells you
"I LOVE YOU"

when you say..
"I don't know how to go on.."

ALLAH tells you
"I will show you the path."

when you say..
"what path does ALLAH have for me..?"

ALLAH tells you
"adopt the ISLAMIC PATH"

...And when you want to know everythings else that ALLAH want to tell you...

READ THE QURAN

**kami ingin ke syurga tanpa disiksa terlebih dahulu**
ALLAHUMMA AMEEN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share It