BISMILLAH..Ya Rahman,,Ya Rahim..
ALHAMDULILLAH..praise be to ALLAH..ALLAHU AKBAR..
ALLAHUMMASOLLI A’LA SAIDINA MUHAMMAD WA A’LA ALI WASOHBIHI WASALLIM..
Allahu allah..yang memiliki Zat teragung..kursi Mu meliputi langit dan bumi..Engkau tak pernah tidur..sentiasa sibuk menguruskan keperluan dan kehendak manusia..segala puji bagi Mu..hanya milik Mu..entry kali ni ana nk kongsi tentang monolog seorang hamba,, moga bermanfaat utk kita smua,,
*****************************************************************************
Hari ini hatiku berbisik lagi..kalimah yg Agung yakni kalimah “ALHAMDULILLAH” yg slama ini di sebut-sebut,, diulang-ulang,, dialun-alun…sungguh mendamaikan hati siapa saja yg mengucapkannya.. bila ucapan kalimah ini disebut dengan lidah,, hati membenarkan,, lalu akal terus berputar2 mengingati kebesaran Mu Yang tiada tolok bandingnya..maka ketenangan terus menyelinap di segenap panca indera.. sungguh benar pesan dr Mu..
“Hanya dgn mengatimu hati akan menjadi tenang… “
Apalah dayaku..kekuatan itu hadir dari Mu,, melatah dr ujian hidup itu perkara biasa..namun itu tak bermaksud aku akan terus-terus hanyut…oh..tidak.. adakah aku terlupa dgn firman Mu:
“Sesungguhnya Kami member tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka”(Ali-Imran:178)
Allahu rabbi..jangan Ya Latiff..nanti tergolonglah aku dalam golongan orang yg menzalimi diri..tegur lah aku dengan apa cara sekalipun,, Ya Rahman.. kadang-kadang aku juga berkecil hati dengan manusia..sedikit sekali diantara mereka yg mengingatkan aku tntg Mu..aku lemas dgn pujian2,, aku mahu di tegur Ya ALLAH,, aku mahu mereka tahu aku ini Hamba Yang Hina..terlalu hina di depan Mu..teguran yg menyakitkan itulah bunga kehidupan..aku juga manusia biasa..kerana apa aku berfikir demikian?? Kerana Engkau telah berfirman:
“Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya tipu daya-Ku amat kokoh.”(Al-Qalam:44-45)
Adakah aku akan kearah itu…nauzubillah,, jangan……………………jangan Engkau takdirkn itu padaku,, aku pohon…berilah hambamu ini jalan-jalan yg Engkau redhai…sebelum mata ku terpejam rapat,,selimut putih membaluti tubuh…allah…ALLHAMDULILLAH,, aku syukur sgt2 Ya ALLAH,, Engkau mengalirkan ilham pada sahabatku dan dia menyampaikan pesanan indah ini..
“Wahai diri..biarlah dirimu sentiasa jatuh bangun,merangakak-rangkak dalam taubat yang tidak menjadi,berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti..tidakmengapa kau selalu menangis kerana dosa,,tapi jangan sampai kau tersenyum kerananya..”
Bagiku,, susunan ayat yg Engkau aturkan ini cukup indah..taubat yg tidak menjadi akn aku terus cuba dan cuba usaha kearahnya..akan terus mengambil peluang meminta golongan yg soleh dan soleha mendoakan kesejahteraan hidup dunia & akhirat…agar aku diterima oleh NYA..
Aku pernah berduka,bermonolog sendirian..bila satu persatu ayat ALLAH di tadabur..
“Dan pada hari itu engkau akan melihat orang yang berdosa bersama-sama diikat dengan delengu.Pakaian mereka dari cairan aspal,dan wajah mereka ditutup oleh api neraka, Agar Allah memberi balasan kepada setiap apa yang dia usahakan. Sungguh, Allah Mahacepat perhitungan-NYA. Dan (Al-Qur’an) ini adalah penjelasan (yang sempurna) bagi manusia, agar mereka diberi peringatan dengannya, agar mereka mengetahui bahwa Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang berakal mengambil pengajaran ”(Ibrahim:49-52)
Sungguh lengkap peringatan Mu Ya RABB,, setelah penceritaan azab,, Engkau pujuk kami…Engkau ingat kan kami agar di ambil pengajaran…..sungguh Engkau Maha Penyantun…
Akal ku terus ligat membayangkan segalanya..
“manusia itu tak sempurna..satu hari pasti ada kesalahan yg akan dibuat..Manusia yg berdosa akan mendapat siksaan yg setimpal.. Aku juga manusia,,maka aku akn di siksa? Macm mana ni.. api panas,,itu akan aku tempuhinya,,ini bukan main2,, air mata darah sekalipun xkn dpt hapus kepedihan.. air nanah? Aku xsanggup minum,, buah zaqqum? Habis hancurlah perut ku terburai nnti..”
ALLAH…………………………………………………………….sandiwara apa yg manusia terus2 lakukan ini,,padahal sekejap saja lagi kami akan bertemu dgn Mu,,sikit hari lagi bumi akan hancur…
“Dia (Allah) berfirman, “Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?” Mereka menjawab, “Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mreka yang menghitung.” Dia (Allah) berfirman,”Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja, jika kamu benar-benar mengetahui. ” Maka apakah kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”(Al-Mu’minun:112-115)
Dalam fikiran aku hanya neraka,,azab dunia & kubur.. aku tahu manusia tidak layak memikirkan urusan itu..tp aku xrasa layak pn nk masuk syurga Mu…tak tahu apa pengakhiranku. .kira bertuah diri ini dpt meni’mati ni’mat IMAN & ISLAM..syukur ALHAMDULILLAH.. xpe,, kerana sifat terpuji yg Engkau miliki itu cukup meyakinkan aku tntg pesanan seorang ilmuan..
“jika sangkaan kita baik pada ALLAH maka baiklah akan jadinya..begitulah sebaliknya..”
Hanya Engkau yg memiliki sifat Maha Pemurah,,Maha Mengasihani…dua sifat ini cukup meyakin kn org yg beriman kepadanya…”Moga-moga aku tergolong dalam golongan yg benar2 beriman..”
aku takut..xda sapepn dpt bantu aku selain Engkau,,xpe kalau manusia menjahui aku tapi bukan Engkau Ya ALLAH.. aku selalu bertindak melampaui batas,, aku tahu Engkau amat tidak suka pd org yg bersikap begitu..allah,, tlg aku..kadang2 aku xsedar kesalahan yg aku buat..xpelah,, kalau manusia xsudi tegur,, biar Engkau saja yg lakukannya..malah itu peluang yg terlalu besar,,bukan senang utk dpt peluang itu.TARBIAH dari Mu itulah yg Aku dambakan..berilah..berilah…
Aku sedar,, apa saja musibah,,kesulitan,,kepayahan,,keperitan yg di turunkan itu smua bentuk teguran yg paling bagus! Aku mesti bangga dan bersemangat menempuhinya! Aturan Mu sangat……..cantik. aku akan berusaha mengingatkan diri bahawa:
“Dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang telah diperingatkan ayat-ayat Tuhan-Nya,lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang telah dikerjakannya?Sungguh,Kami telah menjadikan hati mereka tertutup, (sehingga mereka tidak) memahaminya,dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka. Kendatipun engkau (Muhammad) menyeru mereka kepada petunjuk,niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk untuk selama-lamanya”(Al-Khaf:57)
Wahai diriku,,
Biarlah dunia mencemuhmu,,
Dunia mentertawakankanmu,,
Perhiasan apa pn dia persembahkan padamu jgn sekali di ingini,,
Biar syaitan jatuh bergulingan,, sebanyak manapun bala tentera yg dibawanya utk menggulingmu,,
Jangan engkau khuatirkan,,
KERANA..ENGKAU TIDAK PERNAH SENDIRIAN..DIA SETIA MENEMANIMU DISEPANJANG PERJALANAN
“Ada tingkatan IMAN yg tidak boleh dicapai oleh seorang hamba dengan amalnya. Ia hanya akan dicapai bila di uji dengan pelbagai cobaan.Allah berkehendak untuk meningkatkan imannya dengan menetapkan ujian dan menolongnya untuk bersabar dan teguh menghadapinya. Jadi ini merupakan rahmat dari-Nya bagi sang hamba”-petikan dari buku “kepada aktivis dakwah(Dr.Najih Ibrahim)”
Jangan biar kelicikkan syaitan yang lemah itu membuatkan nafsu bodoh kita menang..ingatlah musuh kita itu ada 4,,yakni
Nafsu,,syaitan,,dunia,,hawa nafsu(syahwat)-Maka beringatlah,,berhati-hatilah mengatur langkah..
Wallahua’lam(aku tidak tahu)…salam mujahadah utk smua!..barakallahufik..
No comments:
Post a Comment