Thursday, April 15, 2010

banyak memberi @ memusnah??

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Maha Penyayang...
Allhumma Solli A'la Saidina Muhammad Wa'ala ali wasohbihi wasallim..

segala puji bagi ALLAH tuhan pencipta sekalian ALAM.MAHA SUCI allah,, ALLAH maha Besar!

1 Jamadilawal 1431 Hijrah bersamaan 16 APRIL 2010,,hari yang penuh barokah,,hari kebanggaan umat ISLAM,,hari kemenangan,,hari pengakhiran..hari JUMAAT nama d beri..
hari ini hari bersejarah buat diri Hamba. walaupun EXAM dunia kian hampir namun EXAM akhirat masih tetap menjadi fokus utamaku,, afwan ini lah perinsip HIDUP ku..

Entry kali ni Hamba berhasrat utk membongkar segala KEKELIRUAN yg menimpa diriKU sepanjang penghidupanku di BUMI ini. mengapa..mengapa dan mengapa?? tiap hari IMAN mendesakku menjawab soalan2 yg xterjawab akibat KEJAHILAN ku.. zalimnya diri ini..



kita semua sedang BERMUSAFIR disini,, apa nama makhluk ni ya? Hamba jawab ae..ni nama nya BUMI,,wahhhhh hebat2..siapa lg klau bukan Dia (ALLAH) yg menciptanya..tp maksud tersirat yg ingin disampaikan ialah ini lah dia DUNIA..tmpat persinggahan sementara,, ada hadis nabi yg ke 40 hadith arbai'n An-Nawawiyah yg menyebut "jadilah orang asing atau penyeberang jalan". adakah kita ni nampak asing pada dunia?? adakah kita sedang menuntun orang dijalanan? ataukah dunia dah anggap kita ni sahabat karibnya & penglihatan kita masih kabur,,sbb 2 lah xdpt nk tuntun org??



haaa!! ni pun dunia jgk,,tapi dunia internet..,, hamba nk prgi mendalam skit. sape xknal dunia internet?? zaman skrg ni anak kecil umoq 7 tahun pn jarinya sudh laju click itu & ini. aduhai jahilnya jika d banding kn dgn Hamba ni,, jujur ana katakan bila dpt tawaran kos pengajian "Software Engeneering" di Universiti Malaysia Pahang (UMP) d saat 2 lah ana baru kenal ap itu laptop/komputer. nak guna pun xreti,,masyaallah! seingat hamba lah nak save dokumen pun xpandai! betapa jahilnya.. ini lah dia kuasa ALLAH..kun fayakun,,dulunya dunia IT musuh ana skrg dh mnjd kwn karib pula..(tiada niat utk membangga diri) ok2 back 2 da point,, berbalik pd tajuk "banyak memberi @ memusnah??"...jwpn ny ada d tangan sahabat2...tujuan ana post article ni pun sbb nk tnya pendapat.jd hanya pandangan yg xmatang shj yg mampu ana beri..



sebuah laptop mampu di miliki oleh stiap mahasiswa yg melanjutkan pengajian di mana2 IPT,,tujuan utama nk siapkan assingment & projek2 yg prlu disiapkn.. next bila ad laptop xlengkap klau xde connection dgn internet. klau x di sediakan oleh pihak Universiti kmudahan wireless dan connecter cable,,BROADBAND & cybercafe mnjd pilihan.. (xpyh la display gmbr broadband,,huuu..smua dh knal kn..ana tahu smua up to date loni!) d pendekkan cerita,, segala urusan yg mulanya ingin diselesai bnyk trgendala.. sbbnya on the way cari maklumat 2 mula lh jari 2 click itu & ini.bgus 2 mempraktikkan peribahasa yg smua org tahu 2 "sambil menyelam minum air"..ingt sahabat2,, ALLAH sgt tdk suka pd org yg melampaui BATAS,,dlm perkara baik mahupun jahat..kerana musibah akan menimpa dirimu!! disini ALLAH nk menguji sjauh mana kita menghargai ni'mat masa,peluang & kemudahan yg hidangkan. mula lah HAK2 ALLAH di abaikan atau ad juga "pengemis cinta ILAHI" yg dh terlepas bnyak peluang..zikir & tilawah hilang kemana..mutabaah (amal2 yg menghubungkan kita dgn ALLAH) makin x istiqomah & berkurangan..astaghfirullah..Ya ALLAH ampuni lah segala kelalaian kami,, dah pun ENGKAU bersumpah dlm kalam MU,,bhw manusia itu d ciptakan dlm keadaan yg lemah & lalai..maka tunjukkan kami jalan Ya ALLAH!



ni dia..kluar dh!! benda ap ni ae?? xperlu d jawab..dh tulis nya d situ,, FACEBOOK.. mcm2 tafsiran kita dpt tntg website ni tul x?
facebook tu adalah 1 rangkaian
>>jejak kasih
>>boleh rapat kn ukhuwah
>>mengenali & berkasih syg antara mukmin,,"xlengkap iman klau xsyg saudara islam seperti syg sndiri"
>>tegur sapa,,imbas memory bersama
>>boleh jalankan kerja2 dakwah,,tazkirah,,ingatan,,nasihat mnasiahti..

maka d samping BERUKHUWAH tu
>>bnyak la gambar2 d tag d sna sni,, muslimin & muslimat bebas komen sesama sendiri
>>hilang rasa malu
>>mesra ALAM smua nya
>>pengorbanan (jgn sampai wujudnya MURKA Allah)
>>husnuzhon (bersangka baik)katanya..
>>nak share2 idea
>>hacking time!

xcukup dgn FB,,blogging menjadi pilahan..



bagussssssssssssssssssssss sagt2 harapan SUCI & MURNI tue
disamping 2 adakah kita peduli HAK2 ALLAH?? waktu solatnya d jaga x? yg d sampaikan 2 d amal x? hubungan & pandangan ALLAH d ambil pusing???? tanya lah iman 2..ana sendiri pn ada gk ter "kantoi" ALLAHU RABBI ampun ya ALLAH,,KOTOR & HINA nya diri ni,,slalu sahaja MENZALIMI diri sndri.."DAN MUSIBAH APA PUN YANG MENIMPA KAMU ADALAH KERANA PERBUATAN TANGANMU SENDIRI, DAN ALLAH MEMAAFKAN BANYAK (DARI KESALAHANMU)" (AS-SYURA:30) ..sbb 2 lah article ni di POST,, biar terhantuk skit IMAN ni,,accident lg bagus..(anggaplah itu sebagai TARBIAH & teguran dr ALLAH)

BERITA BAIK untuk diri: akhirnya setelah beberapa bulan perkenalan dgn website FB ni,,baru lah diri ini tahu kenapa ia menjadi KEGEMARAN ramai,,dan yg paling best..account FB dh pn deactive kn..alasanku,,nk rehat sebentar dr PENTAS dunia

smua insan mahukan ini..



ILMU..ilmu..ILMU,, jd carilah ia dgn cara yg d REDHAI nya..cara yg bersih dr sgl perkara halal & haram,,jaga HAK Dia wahai diri & sahabat.








juga ini..






success2!! berjaya di AKHIRAT & DUNIA.. berjaya menuju "syurga"..jd kunjungilah taman2 raudah,,PENUHILAH tuntutan iman mu wahai dri & sahabat,,makanan ROHANI sgt2 penting..






GUNA nasihat dari ALLAH & kekasihnya Nabi Muhammad S.A.W....jgn buang masa untuk beramal ,,cepat putus asa dgn ujian yg xseberapa tu,,INGAT ALLAH sgt lembut pd HAMBA nya..x d ujinya kita klau kita xkuat,, jd sangka baik lah..dh jgn LEMAH2 OK!



BUKAN d baca semata,,tadabur dgn sumber2 yg benar & sahih..klau para sahabat 2,,bila d tanya mengapa AL-QURAN d baca?? jawapannya > kerana mahu ambil tahu apa yg diperintahkan oleh ALLAH & akan d laksanakan.."sami' na wa ato' na: kami dengar kami taat"..ya,, xsmua org bleh jd SEHEBAT mrk,,tp ap salahnya berusaha! sesungguhnya ALLAH xpndang hasil tp usaha yg d hitungnya..

lagi 1..bnyak2 kn amal cara hidup BERSUNNAH,, dh biasa dengarkn? jd JOM amalkan!



cerita2 para sahabat,,serikandi & pejuang2 islam pun xabih lg kaji,, jd mula lah dr sekarang..wahai diri,, xmalunya kamu mengaku sayang,,kasih,,mendamba CINTA Nya JIKA Xd susuli dgn BUKTI yg nyata..

akhir kalam: PERSAHABATAN tetap d teruskan,, guna lah methode2 yg d anjur nabi,, ziarah pn kurang,,mcm mna nk mantop ukhuwah..DUNIA IT tetap ada KEPENTINGAN nya.. bijak2 lah ambil peluang yg ada utk cari ILMU dunia & AKHIRAT nya. Banyak lg tanggungjwb kita utk bantu AGAMA Allah,, jgn smapai kita menjd golongan yg d siksa oleh ALLAH krn tdk d sedari KEBAIKAN yg d lakukan adalah KEMURKAAN bg ALLAH.

"CINTAI lah ALLAH nescaya kau di senangi dunia,kejarlah ALLAH nescaya dunia akan mengejar mu. Jangan sesekali mengejardunia kerana ALLAH akan meninggalkanmu dan dunia akan berpaling menipu daya dirimu. Utamakan pandangan ALLAH kerana pandangan manusia adalah suatu matlamat yang mustahil dipenuhi"



SERIUS > MENUNGGU HARI PERTREMUAN
DUNIA > UNTUK MENUJU AKHIRAT
DUIT > UNTUK MENERUSKAN HIDUP
KASIH > UNTUK MELENGKAPKAN IMAN

kejar AKHIRAT tanpa meninggalkan DUNIA,,itu lah keputusan HAMBA yg BIJAK..
BERMUJAHADAH dlm perjuangan..JIHAD FI SABILILLAH mnjadi pilihan..

hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya..MATI SYAHID impian insan yg BERNAYWA!!
~~SALAM MUJAHADAH DARI HAMBA YANG HINA~~

Sunday, April 11, 2010

Rahmat Kasih Sayang NYA..SYUKRAN ALLAH

hadith Arbai'n An-Nawawiyah yg ke 42



Dari Anas ra berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda: ‘Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam! Selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, niscaya Aku ampuni segala dosamu yang telah lalu dan Aku tidak pedulikan lagi. Wahai anak Adam! Jikalau dosamu membumbung setinggi langit kemudian engkau memohon ampunan-Ku, pasti engkau Ku-ampuni. Wahai anak Adam! Andaikata engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku sedikitpun, pasti Aku akan mendatangimu dengan ampunan sepenuh bumi pula”. (HR. Tirmidzi dan ia berkata bahwa hadits ini hasan shahih)



Redha
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : In-Team

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

AKU BERKATA: lirik yg terpilih ini sekadar renungan buat hati yg lara..ayuh hayati bersama,,sesungguhnya AKU terlalu RINDU pada mu Ya ALLAH juga kekasih Mu yg MULIA itu..hajat di hati mahu bertemu di AKHIRAT sana,,wlaupn diri yg HINA ini tdk layak utk mengharap suatu yg sukar d gapai,,namun izin kn daku utk berusaha ke arahnya..ameen YA RABB..Engkau xpnah lokek krn sifat PEMURAH & PENYAYANG yg Engkau miliki itu menambah keyakinan ku

Salju di HATI



Tuhan Yang Esa
Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team

Di dalam cahaya-Mu Tuhan ku harap pertunjuk-Mu
Di dalam sinaran purnama ku mohon keampunan
Moga terlerailah segala dosa-dosaku
Mogaku jadi hamba yang bersyukur

Tuhan yang Esa udara yang ku hirup
Terasa nikmat-Mu yang menggunung
Tidak tehitung harga nilaiannya
Oh Tuhan, Kau Pengasih, Maha Penyayang

Oh Tuhan di depan ujian
Terasa diri ini memerlukan-Mu
Ku harap Kau lindungi hamba yang lemah ini
Kau Tuhan Maha Kuasa Maha Pengampun

C/O
Ku harapkan pintu taubat-Mu terbuka luas
Untuk hamba-Mu yang sering leka
Dengan rahmat-Mu dan kasih sayang-Mu
Kau ampunkanlah segala dosa-ku
Moga selamat di dunia dan akhirat

Lagu & Lirik : Munif Ahmad
Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.

Saturday, February 27, 2010

kata-kata imam asy-syahid hasan al-banna



"wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."

kata2 ini telah mengetuk iman ana,,mmg benar..tarbiah bukan segalanya,,tp tnpa tarbiah segalanya sia2..

ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yg menyertainya
ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yg istiqomah
ANDAI perjuangan ini mnjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yg tertarik pd ny

tp hakikat perjuangan bukan begitu,,
turun naiknya,,
sakit pedihnya,,
umpama kemanisan yg tdk trhingga..

ANDAI rebah >> bangkit semula
ANDAI terluka >> ingatlah janjinya

antara yang lainnya kata2 beliau:

"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta,
tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia.
Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba ridha Tuhannya.."

"Saya berjanji akan menjadi orang yang istiqamah yang menunaikan ibadah serta menjauhi segala kemungkaran. Menghiasi diri dengan akhlak-akhlak mulia dan meninggalkan akhlak-akhlak yang buruk.
Memilih dan membiasakan diri dengan kebiasaan-kebiasaan islami semampu saya."

"Wahai manusia, setelah kehidupan yang pendek ini. Kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahasia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan yang menanti."

bahan yang boleh di rujuk:
Judul Buku : How to be like Hasan Al Banna
Penerbit : DAR! Mizan
Penulis : Herry Nurdi
Waktu Terbit : Cetakan I, September 2006/Sya’ban 1427 H

moga2 kita benar2 mengambil peduli apa yg cuba d sampaikan oleh beliau,,insyaallah
jdlah pengemis cinta ILAHI,,perindu SYAHID ABADI,,salam perjuangan

Sunday, February 21, 2010

Luahan Sang Perindu Syahid..



Ya Allah..
Sungguh berat kaki ini untuk melangkah..
Terasa sesak nafas di dada ini..
Air mata terus berguguran membasahi pipi..
Seakan ada beban yang berat menghempap diri ini..
Tetapi dengan baki kesabaran yang tersisa ini..
Aku masih lagi di beri peluang mencari CINTA mu..terima kasih Allah..
Aku tak peduli..dalam apa jua kepayahan,,tak akan mudah ku menyerah kalah ..

Mengapa Ya Allah..mengapa..
Subhanallah..
Bila iman mula berfikir..
Bila iman mula bersuara..
Dengan kurniaan ni’mat kasih sayang Mu yang menyinari diri..
Dengan keadaan hati yang telah retak menanti belah..hati yang sarat dengan dosa dan maksiat..
Akhirnya kepahitan itu dapat aku telan dengan penuh keni’matan..

Aku percaya
Bahawa kekuatan ini adalah datang dari Mu..aku yakin..aku pasti..ia datang dari Mu..
Kerana.. sesungguhnya segala kekuatan adalah milik Mu
Segala kebesaran adalah milik Mu
Sesungguhnya kerajaan Langit dan Bumi adalah milik Mu
Dan Engkau tidak pernah merasa berat untuk menguruskannya
Sepanjang masa Engkau dalam kesibukan..
Tetapi tidak satu pun di antara kami terlepas dari jagaan Mu..
Itulah bukti kebesaran Mu..

Maafkan aku Ya Allah..
Kadang kala ucapan CINTA yang aku lahirkan itu tidak aku susuli dengan bukti yang nyata dan kukuh..
Aku berdoa untuk bertemu dengan Mu..
Aku tak malu untuk menyatakannya walaupun aku sedar hasrat itu terlalu sukar di gapai..
Tiap detik yang berlalu tidak benar-benar menunjukkan kesetiaan CINTA antara kita..
Walhal aku tahu pertangungjawaban akan pinta..
Atas tiap perkara yang aku lakukan dengan hati,mata,lidah dan perbuatan..
Segalanya akan di soal oleh Mu Ya Allah..

Ya rabb..
Sekarang aku sedar bahawa perjalanan ini tak akan dapat di teruskan
Bila pinjaman ni’mat iman di tarik semula
Bila urusan dunia melebihi akhirat..
Bila godaan syaitan menguasai diri..
Astaghfirullahal a’zim..
Tidak ..tak akan aku biarkan,,kerana aku akan buktikan bahawa syaitan itu lemah
Walaupun kelicikannya sering menjatuhkan ku dari landasan yang benar..
Tapi itu bukan alasannya..
Tak semudah itu dia dapat mengusai diri ini..
Izinkan aku Ya Allah untuk menentang dan membuktikannya..

Ya Rohman..Ya Rohim..
Bantulah diri ini tika langkah mulai kaku..
Bekalkan lah aku kekuatan..
permintaan sekecil ini sangat mudah untuk Engkau perkenankan..maka perkenankan lah
Keimanan yang senipis kulit bawang ini bahkan lebih nipis dari itu tak akan menebal
Jika tidak dibajai dengan bajaan taqwa
Bajaan kesabaran
Bajaan tawakkal dan redho
Bajaan pentarbiahan..
Kurniakanlah wahai Allah yang Maha Perkasa!!

Kini akan ku tanam sedalam-dalamnya ingatan dari Mu
Agar rela menjual dunia untuk akhirat
Rela mengorbankan diri mencari keredhaan Mu
Menjadikan dunia sebagai ladang untuk bercucuk tanam..membawa pulang ke destinasi yang abadi
Kehidupan di dunia tidak lebih dari satu hari..
Hari pertemuan akan tiba sebentar lagi
Bumi ini akan hancur sehancurnya..
Mengejar akhirat tetapi tidak melupakan bahagian dunia..
Janji Mu pasti berlaku,,siksaan Mu amat KERAS..
Akan cuba aku ingati selagi nafas masih bersisa..
Insyaallah dengan perkenan Mu Ya Karim

Inilah luahan hati ku,,
Terimalah hajat ku,,
Terima lah hasrat ku,,
Terimalah daku sebagai HAMBA Mu..
Hadir lah di sisi ku sepanjang waktu..kerana aku sentiasa memerlukan Mu dalam setiap urusanku..
Mahligai hati ini hanya untuk Mu..untuk Mu selamanya..
Sesungguhnya diri ini lemah,,tidak sempurna,,penuh dengan cacat cela
Akanku sujud serta merendah kan diri ini ke tempat yang paling bawah kepada Mu..
Kerana sesungguhnya SOLAT,IBADAH,HIDUP,MATI,JIWA ku hanya untuk Mu..hanya milik Mu..
Insyaallah!!

Allah..Allah..Allah..Allah..Allah..Allah..Allah..Allah..Allah..Allah..Allah..Allah..Allah..Allah
Is the best!!!

Wednesday, January 27, 2010

Seriuskah KITA??



Bismillah hirrahman nirrahim..
Dengan Nama ALLAH yang maha pengasih maha penyayang
Assalamualaikum w.h.r

selawat utk junjungan mulia kekasih ALLAH nabi Muhammad s.a.w,,keluarga baginda,,sahabat2,,para tabi',,tabi' tabi'in,,serta pada sesiapa shj yg tetap & terus mengakui kalimah LAILAHAILALLAH...

alahamdulillah,,dgn izin NYA ana masih d beri kesempatan untuk merasai nikmat nyawa,,serta kesempatan utk publish post ini..sekian lama ny blog ini menyepi akhirny dpt jg d update ats izin dari NYA..

Ini lah post yg prtama bg thn baru ini thn 1431 H..huuu,,sibukk???
xla..ap yg sibuk ny?? mana dia masa yg ALLAH bg tu?? jgn2 sbuk dgn maksiat..sahh..maksiat la tu!!

mana x ny,,nk kata sbuk cari cinta ALLAH mana bukti ny..cukup ke dgn memegang kata2"I'm busy seeking 4 da love of ALLAH"???(ana la 2,,juz motivate diri)..wahai diri yg HINA ini..cukup2 la tuhh..

serius xni???
serius x nk hadapi SAKARATUL MAUT??
SERIuS x nk hadapi Alam barzakh??
serius x nk hadapi Malaikat Maut??
serius x nk trima buku amalan??
serius x dlm beribadah??
serius x nk SYURGA DIA??
serius x nk jauihi NERAKA NYA??
SERIUS X NK BERJUMPA DGN ALLAH...
masyaallah..serius xni???!!!!

tepuk dada tanya IMAN..

dah tu ap persiapan,,cukup ke dgn keinsafan & penyesalan???
jgn hanya pndai mnasihati & menyampaikn..mana bukti ny
bagaimana dgn pesanan "mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" (61:2)..

sempat lg ke utk mengatakan..
>>sekajap lagi pn sempat
>>aku xkuat
>>guna kaedah yg last la "tegah kemungkaran di hati je" kira ok la 2
>>hari esk masih ada
>>nanti2 lah,,aku sibuk skrg ni
>>tenguk la nanti bila senang..

masing2 akn dtg menghadap ALLAH dgn nasib & buku amalan masing2,,
pandai2 la fikir & bertindak,,
pandai2 la atur cara hidup,,
pandai2 la buat keputusan

Pesanan buat diri & sahabat skalian..keseriusan kita utk mengahadapi hari pengadilan akn menentukan nasib kta d sana,,

pesanan dari ALLAH
>>(2:207-208)
>>(25:75)
>>(33:21)
>>(33:35)

afwan kathira,,ana xsempat nk kupas satu2 ayt,,jka ad pandangan & perkongsian sila2 la comment..
buat sahabat seperjuangan,,INGAT!! Allah SENTIASA ad bersama kita!! jgn takut jgn gentar,,jadilah "orang asing @ penyeberang jalan" (hadith 40:An-Nawawi)

renung2kn & slmt beramal!!!..^_^ salam..

Thursday, October 29, 2009

.....wira kita....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
assalamualaikum ana ucpkn kpd pmbaca blog

9/11/2009 ni adlh trikh brmula ny ana mnduduki final exam,debaran kian terasa..wlau mcm mna pn dgn ad ny sdikit masa yg terluang ni,ana nk berkongsi sdikit crita ltr blkng WIRA kita yg sdh lama brbkti utk kta smua..khusus ny dlm bidang akademik,,beliau merupakan slh seorng ILMUAN ISLAM yg ana kagumi shingga trasa dri ini brkongsi sdikit pengetahuan..insyaallah

IBNU SINA – TOKOH PERUBATAN ISLAM.

Latar Belakang Ibnu Sina
IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.
Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

Ensiklopedia Kedoktoran Pertama
Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.

Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi
Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.
Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.

Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)
Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.

Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb
Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.
Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".
Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.

Perintis Pengenalan Penyakit Saraf
Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.

Ibnu Sina- Sebagai Seorang Doktor.
Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih.

Penemuan-Penemuan Baru
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi

Bidang Geografi
Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah."

Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada :
1.Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.
2.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.
3.Bidang metafizika , "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)
4.Bidang psikologi , "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.
5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de Mineralibus" yakni tentang pemilikan (mimeral).
6.Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf" ,risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf.
7.Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa manusia.
8.Cerita-cerita roman fiktif , "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung.
9.Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) – Buku tentang politik.

Sumbangan Ibnu Sina
Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .
Ini merangkumi :
a. Kuat atau denyutan yang lemah.
b. Masa antara denyutan.
c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.
Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:
Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.
Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.

Penutup
Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana "zeninth" itu dimakamkan.

>>jadi tdkkh kita merasa bngga dgn pencapaian yg ckup bermakna itu d mna ISLAM dpt mmbuktikn agama bkn lah agama yg mundur sprti mana d gmbrkn oleh penganut agama yg lain..
bg mrk yg brgelar seorng pelajar @ pnuntut ilmu jd kn lah beliau sebagai role model sbg pemngkin semangat utk mncapai cita2 yg d impikn..
d kesempatan ni kpd sluruh warga UMP,,ana ucpkn slmt maju jaya..doakn kejayaan bersama,,INSYAALAH..

ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..
is the best!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...