Thursday, March 3, 2011

zikir


Renungan bersama..



Peribadi MUSLIM yang BERDZIKIR :

Setiap KALAMNYA = DAKWAH
Setiap DIAMNYA = DZIKIR
Setiap NAPASNYA = TASBIH
Setiap PANDANGAN MATANYA = RAHMAT
Setiap SUARA TELINGANYA = TERJAGA
Setiap PIKIRANNYA = BAIK SANGKA
Setiap GERAK HATINYA = DOA
Setiap SENTUHAN TANGANNYA = SEDEKAH
Setiap LANGKAH KAKINYA = JIHAD
Kekuatannya = SILATURAHIM
Kesibukannya = ASYIK MEMPERBAIKI DIRI
Kerinduannya = TEGAKNYA SYARIAT ALLAH S.W.T


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

‎"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya)." (QS Al-Ahzab : 23)

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (QS At-Taubah : 111)



kata-kata Sang Murabbi:
"Andai perjuangan ini mudah pasti ramai menyertainya..andai perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah..andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya..tetapi hakikat perjuangan bukan begitu, sakit pedihnya umpama kemanisan yang tak terhingga..andai rebah bangkitlah semula..andai terluka ingatlah janjinya.."




***kami ingin ke syurga tanpa disiksa terlebih dahulu***

Wednesday, January 26, 2011

HALAWATUL IMAN


Orang yang bahagia itu adalah orang yang sentiasa syukur & redha akan segala ketetapan dari NYA ..sekiranya kehendaknya di tolak dia boleh bertahan dengan tenang ..mengeluh jauh skali hanya helaan nafas lega yang dihembusnya.. senyuman yang ikhlas boleh terbit bila masa saja yang di perlukan.. dia mampu berdiri gagah walaupn dalaman nya sudah lama hancur berderaian ..

Erti kebahagian baginya sangat luar biasa
kesakitan,,kesempitan,,keperitan
itulah yang dinanti-nantikan
Tiada alasan buatnya untuk tidak tersenyum girang
kerana tidak layak baginya untuk bersikap angkuh
kerana sedar akan dirinya
HANYA DITARAF HAMBA
segala derita yang dihidang umpama ulaman yang segar, tiada tolok bandingan
begitulah indahnya HALAWATUL IMAN

SYURGA LAH TEMPAT ISTIREHAT YANG SETIA MENANTI KEHADIRANNYA


Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman:
Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya,
mencintai seorang hanya kerana Allah,
tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka..

Wednesday, November 3, 2010

Al-Ghaffar -Yang Maha Pengampun

Indah nya sifat ALLAH yang Maha Pengampun..

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw seraya berkata,
"Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?" Rasulullah saw menjawab,"Ya, akan ditulis."

Lelaki itu bertanya lagi,"Bagaimana jika aku bertaubat?" Rasulullah saw menjawab,"Akan dihapus."

Lelaki itu bertanya lagi,"Bagaimana jika aku mengulangi lagi?" Rasulullah saw menjawab,"Akan ditulis."

Lelaki itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimana kalau aku bertaubat?" Rasulullah saw menjawab,"Akan dihapus."

Lelaki itupun berkata, "Ya Rasulullah, sampai bilakah Allah akan menghapus dosa?" Rasulullah saw menjawab,"ALLAH TIDAK AKAN BOSAN MEMBERI AMPUNAN SAMPAI KALIAN BOSAN MEMINTA AMPUN." - (HR Thabrani dan al-Hakim)


Namun ia bukanlah peluang buat kita untuk berbuat sesuka hati, kerana ingatlah bahawa taubat yang sebenar-benar itu dipandang ALLAH.

“Dialah yang meperlihatkan pada kamu ayat-ayat-Nya

dan menurunkan rezeki dari langit bagi kamu,

dan tidaklah terperingatkan kecuali orang yang bertaubat.”

(QS. Al-Ghafir : 13)


Taubat nasuha, sudahkah kita laksanakan tahapan taubat yang islam ajarkan?

1. Pengakuan bahwa dirinya bersalah dan istighfar
2. Tekad yang kuat untuk benar-benar bertaubat.
3. Usaha sekuat mungkin untuk meninggalkan perbuatan tercela yang telah dilakukan.
4. Melakukan ibadat sunat yang lain seperti solat taubat dan bersedekah
.

Indahnya taubat nasuha..

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".

(At-Tahrim, QS. 66:8)


Ketika kita sudah mengetahui dan menyedari kesalahan yang kita lakukan salah dan kemudian segera bertaubat, kita masih melakukan dosa lagi ini bererti taubat kita masih belum tergolong sebagai taubat yang sebenar-benar taubat.






Hayati..Selami..Insafi Diri



بسم الله الرحمن الرحيم

Semoga video ini bermanfaat untuk kita bermuhasabah..
subhanallahiwabihamdihi..subhanallahil a'dzim..

***aku ingin ke syurga tanpa disiksa terlebih dahulu***

Friday, October 1, 2010

HAKIKAT BAHAGIA


Alhamdulillahirabbil a’lamin.. Segala puji bagi ALLAH pemelihara sekalian alam.. Ucapan Selawat “Sallallahu a’la Muhammad, wa a’la alihi wa sohbihi ajmai’n” kepada junjungan besar Nabi Kita.. Para sahabat, para a’limin, tabi’ dan tabi’in..dan seterus nya kepada seluruh umat islam sama ada yang masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia..


10 haribulan 10 tahun 2010 akhirnya dengan izin ALLAH dapat lah ana menghadiri sebuah majlis ilmu. Ana rasa ana adalah antara insan yang terpilih dalam ribuan mahasiswa ada di tempat ana sambung pengajian. Cukup padat, menarik, mantap dan bersahaja penyampaian kuliah maghrib yang di sampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam masa satu jam. Tak banyak, hanya sepotong hadis tetapi al-fadil ustaz mampu menyampaikan dengan panjang lebar. Tiada makanan yang paling lazat selain mendapat makanan rohani bagiku.


Ana khilaf kerana tidak membawa buku catatan, telefon ana juga tidak berfungsi untuk merakam suara al-fadil ustaz, maklumlah.. ana tak kuat ingatan. Mudah sangat lupa, ini lah kelemahan yang membelengu diri. Tetapi tak mengapa, ana tetap bersemangat untuk menceritakan sedikit sebanyak apa yang ana faham, yang ana dapat digest berkat izin dari NYA member pemahaman dalam menuntut ilmu. Jadi, ana mohon maaf awal-awal lagi sekiranya apa yang ana sampaikan ini tidak sempurna atau tersalah tafsir. Tajuk khusus untuk kuliah maghrib ni tak ada, tapi ana boleh simpulkan yang ianya berkisarkan “Hakikat Kebahagiaan”.
Dalam sebuah hadis Nabi bersabda bahawa, ada empat perkara yang boleh membutkan seseorang itu bahagia. Yang pertama, dikurniakan rezeki dari Allah. Kedua, bersahabat dengan orang-orang soleh. Ketiga, mempunyai anak yang soleh. Dan yang keempat, memiliki suami yang soleh atau isteri yang solehah.


Huraian bagi perkara yang pertama , sesorang itu akan bahagia apabila mendapat rezeki dari ALLAH. Apabila kita menyebut soal rezeki, tidak ramai diantara kita yang faham tentang konsep rezeki yang sebenar. Kadang kala, kerana rezekilah seseorang itu akan dihumbankan ke dalam azab neraka. Ini kerana, hamba Allah tersebut telah menggunakan cara yang salah untuk mencari rezeki. Atas alasan mencari rezeki, maka si hamba tersebut dengan sesuka hatinya melanggar segala perintah Nya tanpa rasa bersalah. Contoh yang paling dekat ialah, meninggalkan solat fardhu yang wajib ditunaikan. Sibuk dengan urusan itu dan ini sehinggakan tiada masa sedikitpun untuk sujud menyembah Ilahi. Sungguh tidak malu menggunakan seluruh ni’mat yang tidak berbayar tetapi sombong dan kikir masa yang diperuntukkan untuk Allah. Kerana sibuk mencari rezeki, jauh diri dari masjid, jauh dari majlis-majlis ilmu. Kerana ketamakkan hamba-hamba Allah itu tadi, mereka sangka mereka boleh hidup bahagia. Salah! Ana teringat ayat-ayat al-fadil ustaz lebih kurang, “orang yang banyak duit, belum tentu lagi dia orang yang senang” Ini kerana orang yang senang adalah orang yang bila mana ALLAH menyeru untuk sujud, dia mampu untuk sujud. Bila dia nak bergerak dia boleh berjalan, bila dia nak makan dia bebas memilih apa sahaja yang dia mahu.


Berbeza dengan orang yang banyak harta, mereka tidak dapat meni’mati segala kesenangan tersebut. Walau berapa banyak biji kereta mewah yang dimiliki, dia tetap tak dapat menaikinya. Dia hanya mampu menaiki kerusi roda. Makanannya pula hanya ubat-ubatan bersulamkan air kosong. Lihat lah betapa ALLAH memiliki kuasa yang Maha Hebat, yang mengizinkan segala sesuatu mengikut kehendaknya. Oleh sebab itu, harapkanlah rezeki yang datang nya dari ALLAH, bukan dari manusia. Hakikatnya, terlalu ramai yang patuh pada perintah manusia dan ingkar pada Allah. Main taktik kotor untuk mencari rezeki dengan riba’,judi dan segala macam. Bagi mereka yang faham tentang konsep rezeki, dia akan sentiasa menjadikan apa saja yang berlaku pada dirinya itu sebagai tazkirah atau ingatan untuknya dari ALLAH. Contohnya, jika ALLAH tidak mengurniakan rezeki kepada kita, makanan yang dipegang juga boleh terjatuh dan ianya telahpun menjadi makanan pada makhluk lain seperti ayam atau kucing. Bagi hamba ALLAH yang tidak faham sudah tentu makhluk tadi dimarahi, dimaki hamun bahkan ada yang sanggup melakukan kezaliman terhadap makhluk tersebut. Kesi mpulannya, ajari dan ingatkan diri tentang hakikat sebenar bagaimana cara-cara untuk mendapatkan rezeki yang dikurniakan oleh ALLAH SWT yang diredhai NYA.


Perkara yang kedua, yang boleh membuatkan seseorang itu bahagia adalah memiliki sahabat yang soleh. Sahabat soleh itu adalah sahabat yang baik, dimana mereka sedikitpun tidak menyusahkan kita. Dia sentiasa memudahkan urusan kita. Bila diberi amanah dia jujur dan sebagainya. Ibarat berkawan dengan penjual minyak wangi, kita juga akan terpalit dengan wangian yang harum. Contoh yang diberi oleh al-fadil ustaz yang bunyinya lebih kurang, “bila kita pergi satu kedai kopi, kita ternampak kawan-kawan lama yang buruk akhlak dan penampilannya sudah pasti kita akan dituduh bahawa kita juga seperti mereka” dan sebaliknya jika kita duduk semeja dengan kumpulan a’limin, kita juga akan dianggap seperti mereka. Banyak cabaran bagi mereka yang berkawan dengan rakan-rakan yang kurang akhlaknya terutama sekali dalam bab menegur dan berbuat kebajikan. Contohnya, kita akan disindir dan dipersendakan sehingga malu untuk berbuat baik. Segalanya akan terbatas. Malah sedikit sebanyak perbuatan jahat si rakan akan mempengaruhi diri kita kelak. Nauzubillahimin za likh! Oleh itu, dekati golongan soleh untuk hidup aman bahagia.


Yang ketiga, dengan memiliki anak yang soleh seseorang itu akan bahagia. Rugilah bagi mereka yang tidak mahu memilki anak. Anak yang soleh ini adalah anak yang setiap hari mendoakan ibu bapanya. Seusai solat, dia akan meminta “Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak dari kecil”.. maka bahagialah si ibu dan bapanya di akhirat kelak. Oleh itu, didiklah anak-anak dengan didikan yang sempurna. Jangan biarkan mereka melakukan perkara-perkara yang dimurkai ALLAH depan mata ibu bapa sendiri. Membiarkan anaknya mendedahkan aurat tanpa menegur, malah ada yang senang-senang membiarkan anak perempuannya keluar berduaan dengan yang bukan mukhrim! Gara-gara “sporting”, maka bebaslah anak-anak itu tadi melanggar batas-batas pergaulan. Ingatlah duhai ibu bapa, “bagi ibu bapa yang membiarkan anak-anak melakukan kemungkaran didepan mata, maka ibu bapa itu akan disiksa dengan sekeras-keras azab dari NYA”.


Dan yang terakhir, seseorang itu akan bahagia jika memiliki suami yang soleh atau isteri yang solehah. Isteri yang soleh ialah seorang yang sentiasa bersiap sedia untuk suaminya. Jika dipanggil suami, si isteri tadi akan datang dengan pantas. Sentiasa peka dengan kehendak suami. Makan pakainya djaga dengan rapi. Baginya suami mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Raja. Layanan mesranya yang tidak pernah kurang buat si suami yang menjadi penghibur hati. Tempat tidur dijaga rapi, kedaaan bilik yang selesa dan sentiasa awal masuk kebilik sebelum suami hendak tidur untuk menyiapkan diri selengkapnya. Suami yang soleh pula sentiasa memberi ganjaran-ganjaran kepada isteri diatas kebaikan melayaninya selama hidup bersama. Nafkah sentiasa dijaga. Rezekinya dibahagikan dengan cermat dan bijak. Tidak dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ada diantara suami yang sanggup berhabis duit untuk “modified” kereta dan sebagainya sehingga terbengkalai keperluan rumah. Al-fadil ustaz ada mengatakan “sungguh rugi bagi mereka yang mempunyai suami yang sebegitu, suami yang tidak solat, yang tidak boleh menjadi pemimpin”. Ini kerana tidak menjadi masalah sekiranya lelaki yang baik memperisterikan perempuan biasa, sebaliknya padah bagi perempuan baik yang bernikah dengan lelaki yang tidak boleh menjadi pemimpin kepadanya, tidak boleh menjadi ketua keluarga. Maka berhati-hatilah dalam memilih pasangan.


Begitulah sedikit sebanyak ingatan dari al-fadil ustaz yang ana dapat kongsikan, segala yang kurang dan cacat cela dalam ana menafsir itu adalah kerana dosa-dosa ana yang mungkin saja menghijab kebaikan yang sepatutnya disampaikan. Semoga coretan ringkas ini mendatangkan manfaat pada kita. wallahua'lam, ana fakir ila ALLAH!


subhanallahiwabihamdihi..subhanallahil 'adzim... allahu allah!

Thursday, September 30, 2010

T_T Muhasabah Cintaku T_T



MUHASABAH CINTAKU

Ya Rabbana..
Masih banyak janji tak tertunai,,
Masih kaku lidah dalam berzikir,,
Masih banyak kata tidak dibuktikan,,
Masih hambar kasih yang dihamparkan..

MUDAH-MUDAHAN AKU TIDAK MATI DALAM KEADAAN YANG FASIK LAGI MUNAFIK

belum tentu lagi ni'mat ISLAM buatku pada esok hari.
belum tentu lagi ni'mat IMAN buatku selamanya.
belum tentu lagi ni'mat UMUR yang tersisa buatku.
belum tentu lagi aku aman di dalam kubur sebentar lagi,
dan tidak ku tahu apa nasibku di akhirat nanti..

MUDAH-MUDAHAN AKU DIKURNIAKAN LIMPAHAN NI'MAT ITU SELAMANYA

Ya Rabbana..

ini bukan hanya impian biasa,
ini bukan karanganku,
ini aliran sentuhan tarbiyyahmu.
ini adalah DOA yang ku pohon pada MU.
dan sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..Maha Bijaksana..

amin YA LATIFU YA A'LIM..

SEMOGA CINTA ANTARA KITA IBARATNYA SEUTAS TASBIH..ADA AWAL..TIADA HUJUNGNYA

SUNGGUHKU MALU MENGATAKAN CINTA..TETAPI JIKA HANYA INI PELUANG YANG TERSISA..AKAN CUBA KU RAIH AGAR TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG RUGI

PERKENANKANLAH WAHAI ALLAH YANG SENTIASA BERBUAT BAIK TERHADAP HAMBA-HAMBA NYA..ameen..

Wednesday, August 18, 2010

..tazkirah & hati..

tazkirah (peringatan) itu ubat bg hati yang berkarat..

Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.
Rasulullah bersabda : "Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong." Riwayat At Tirmizi.

rumah kosong?
mesti xseronok kn,, kita msti nk ad perabut dalam rumah xkisah la yg sederhana / mewah..
jd,, kita kne kumpul duit bnyak2.. xkan nk berhutang.

sama sja klau kita relate dgn hakikat sebenar,,
rumah=hati
isi lah hati dgn makanan2 rohani agar ia tidak hambar & mati kekeringan. isi lah ia dgn ILMU..

bismillah..
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,
Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam
Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
[Al-Alaq, 96 : 1-5]

duit=amal
kerjakanlah seberapa bnyak amal yg kamu mahu asalkn ia dilakukan dgn hati yg pnuh khusuk & ikhlas..selalunya,, kebajikan yg dipandang kecil oleh manusia itu dipandang mulia di sisi ALLAH.. sdikit / bnyak kita msti berbuat baik..krn itulah fitrah manusia,, smua org pasti nk brbuat baik btul x? xkan dapat kamu menipu diri sndiri..jd,, jgn malu2 utk zahirkan nya.. jgn nnti di akhirat sna kita berkata sambil menongkat dagu: "aduhai sekiranya aku berbuat kebajikan di dunia dahulu"..

terimalah ayat ini
bismillah..
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
[Ali Imran, 3 : 110]

perabut=ni'mat + rahmat +++
segala kesenangan itu akan dpt dirasai disepanjang perjalanan kamu menuju kepadanya jika kamu selalu bersyukur & berlapang dada dgn aturannya..

nak meni'mati segala kesenangan itu kita mesti berjual beli.. dgn sapa? sudah semestinya ALLAH S.W.T

bismillah..
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.[At-Taubah, 9 : 111]

juga dalam firman-NYA yg lain

bismillah..
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
[As-Shaff, 61 : 10-11]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...