Saturday, May 29, 2010

Bagaimanakah Cara Kita Berdoa & Meletak Pengharapan Pada ALLAH??


SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALLAHU AKBAR.. allhummasolli a'la saidina muhammad waa'la alihi wasohbihi wasallam.. bismillahi waa'la barokatillah..

sdikit perkongsian dr ana utk sahabat skalian..
ana dpt jawapan ini drp KOLEKSI SOAL JAWAB AGAMA di laman web FACEBOOK,, syukran to ALLAH syukran to those related person :

1. Ikhlas kerana Allah Ta‘ala.

2. Memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji-muji nama Allah serta memberi selawat dan salam kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

3. Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.

4. Berdoa disertai dengan kerendahan hati, khusyuk, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya.

5. Menghadap kiblat dan menadah dua tangan.

6. Berwudhu.

7. Berdoa dengan jalan bertawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah Ta‘ala.

8. Bertawassul dengan amal salih yang dikerjakan oleh orang yang berdoa.

9. Menjauhi segala maksiat.

Demikian juga, berterusanlah berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali. Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam suka mengulang-ulang doa itu sebanyak tiga kali.

Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu berkata:

أنَّ رَسُو َ ل اللهِ صَلَّى اللهُ عََليْهِ وَسَلَّمَ كَا َ ن يُعْ ِ جبُهُ َأ ْ ن يَدْعُوَ َث َ لاًثا وَيَسْتَغْفِرَ َث َ لاًثا
(رواه أبو داود)
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyenangi supaya seseorang itu berdoa tiga-tiga kali dan beristighfâr tiga-tiga kali.”

(Hadits riwayat Abu Daud)

solat juga adalah bentuk DOA yg kta lakukan, ana pn trtanya jga bagaimana hukum menangis dlm solat.. jwpn dr KOLEKSI SOAL JAWAB AGAMA :

Perbuatan menangis di dalam solat dibenarkan iaitu menangis kerana perasaan sedih yang tidak dapat dibendung. Bukan kerana mengada-ngada atau dipaksa. Contohnya : kita akan dapat mendengar mereka yang memahami ayat al Quran apabila membaca ayat yang berkaitan dengan azab semasa solat lalu mereka akan menangis teresak-esak.

Dalil yang menunjukkan dibolehkan menangis di dalam solat dari hadith :

AbduLLah bin Syikir katanya (yang bererti) Aku melihat RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam mendirikan solat sambil baginda teresak-esak bagaikan dadanya terdapat air mendidih di dalam cerek. (Hadith diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, serta Tirmidzi yang mengesahkannya)

Dan pernah juga Saidina Umar bin al Khattab radiyaLLahu anhu menangis ketika beliau membaca surah Yusof.

Sumber Rujukan :Ustazah Zurina Khalid, Fardhu Ain dan Permasalahan, Pustaka Haji Abdul Majid, 2000

ana kagumi tntg pengharapan seorang hamba pd penciptanya! wahhhhh..alhamdulillah.. kutemu amalan para solihin..

ini antara kata ulama salaf bagaimana beliau mendatangkan khusyuk pada dirinya :

Ulama’ salaf, Hatim bin al Assam : Ditanya mengenai cara beliau beliau sembahyang.

‘Saya bertakbir dengan betul, membaca dengan tartil, rukuk dengan khusyuk, sujud dengan penuh rasa hina, saya membayangkan syurga di sebelah kanan saya dan neraka di sebelah kiri, jambatan Siratal Mustaqim di bawah kaki saya, Ka’abah di antara dua kening saya, dosa-dosa saya mengelilingi saya dan pandangan Allah kepada saya’
‘Saya menganggap inilah sembahyang terakhir dalam hidup saya dan melakukannya dengan ikhlas setakat terdaya, kemudian saya memberi salam. Saya tidak tahu samada Allah menerimanya atau tidak, sekiranya tidak, pasti Dia akan mencampakkannya (sembahyang ) itu ke muka orang yang mengerjakannya’


klau dr ana sndri.. SABAR adalah tunjang utama dlm kita brdoa,, bila berdoa seseorang hamba itu akn meletakkan pengharapan yg sgt2 tinggi pd RABB!.. kita akn berserah segala kputusan pd NYA sma ada nk beri @ x..



jd,, utk mngelak rasa kecewa/sedih/down bila ap yg di pinta itu x sprti yg di harap..kita harus benar2 faham konsep tawakkal,, yakni.. setelah jwpn di beri drp DOA yg di pohon,, kita harus SYUKUR,GEMBIRA & REDHO menerimanya.. krn "la yukal lifullahu nafsan wus 'aha: Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"..

tawaran yg sgt hebat dr NYA,, "orang yg SABAR akn sentiasa berada di sisi Nya..".. JD xkn kita LEPASKAN peluang EMAS ni!!.. bila sabar ertinya pengharapan kita x lepas utk nya.. xkisah lah bila DIA nk jawab..manusia slalu nk cepat.. sabar la.. ap yg penting pegang kata2 ni "wahai anak2 ADAM,, pintalah2 nescaya akan AKU perkenankan"..

sebanyak mana pun ILMU yang di pelajari namun AMAL tetap di tuntut!!.. ayuh cek & update manakah ILMU yg slalu kta tidak mengamalkan nya.. susuli lah ia dgn IKHLAS yg berpanjangan..insyaallah..wallhua'lam..SALAM MUJAHADAH untuk SEMUA..

Monday, May 10, 2010

Raudah & Jannah


ALHAMDULILLAH..alhamdulillah..ALLHAMDULILLAH..segala puji bagi ALLAH..

ALLAHUMMA SOLLI A’LA SAIDINA MUHAMMAD WA A’LA ALIHI WASOHBIHI WASALLAM..

Entry kali ini sudah biasa d dengari,,di ingati.. “UJIAN”.. cerpen ringkas ini adalah perkongsian yg kecil yg ana bleh kongsikan

Di suatu petang yg hening..
“Ya ukhti..ana xkuat.. air mata dh jd peneman diri.. kenapa2?.. kdg2 ana bertanya pd NYA kenapa ana d uji seperti ini..mcm2 masukan dh d beri,, malah ana juga menyampaikan pd org lain.. ana dh jelas tntg HIKMAH2 nya.. ana dh jelas tntg HAKIKAT ujian.. tp knp ana masih rasa berat..rasa sedih..rasa xkuat???”. Kata raudah kpd sahabatnya bernama jannah.
Lalu jannah menjawab “nasihat ana,, yg prtama.. istighfar dulu bnyak2,, istighfar yg sungguh2.. xpe,, nangis lah sepuas-puasnya ukhti.. insyaallah hati jd tenang. Ingatkn pd diri sekarang ni MUSUH utama kita sedang galak melancarkn TIPU daya nya. Ingatkn pd diri yg ana buakn INSAN yg mudah d kalahkan oleh makhluk terkutuk 2.. yakinkn pd HATI bhw dgn kuasa lindungan drp ALLAH ukhti bleh jd kuat.. ingat x murobiah kita pesan ap? Dia pesan beri KETEGASAN pd diri.”

Maka berjuraian air mata yg mudah saja mengalir dr sepasang mata milik hamba kerdil itu.. kalimah “astaghfirullahal a’zim” d ucapnya berkali-kali dgn pnuh khusyuk..ada penyesalan d hatinya.. “ukhti..ana dh kalah..”bersuara kembali bila hatinya mula tenang.
Jannah memegang erat tangan sahabat karibnya itu..dia cuba meredakan tangisan raudah yg semakin teresak-esak..dgn perasaan yg penuh kasih saying,,jannah membalas “ jgn mcm 2 ukhti,, ukhti blum kalah lg..ukhti jgn lupa,, jika dh buat silap tp msih dpt rasa penyesalan itu makna nya..”

“makna nya ALLAH masih alirkan HIDAYAH pd kita,,ALLAH syg pd kita kerana masih d beri teguran..ya benar kata ukhti.. hanya menyebut namanya kita akan dpt kekuatan..malangnya lidah ana kaku,, zikirnya entah berapa patah..ana sibuk ingatkn madu’ supaya ingat ALLAH.. sdgkn ana dh tahu cri2 org munafik 2 bila berzikir,,zikirnya dlm keadaan malas.. adkh ana tergolong dlm golongan 2..” raudah menyambung kata2 sahabatnya serta merta.

Jannah faham bahawa sahabatnya itu benar2 tertekan,, lalu ayat demi ayat di sampaikan dgn pnuh hati2..bimbang manambah lukanya,, raudah yg di kenalinya bkn lah spriti itu,, jarang sekali dia mengadu. Raudah seorang yg bersemangat,,stiap penyampaiannya mampu menyedarkan banyak hati.. “raudah sahabatku,, jgn d ikutkn sgt mainan SYAITAN.. mana ad org yg xbuat dosa sehari,, kita manusia biasa,, tp kita MESTI cari kekuatan dalaman,xbleh pula kita mengguna kan alasan sbg "manusia biasa"..bahkan kita slalu d peringatkn,, waktu iman lemah mcm2 bleh jd.. jika dulunya kita seorang yg xprnah kenal erti JEMU,, jika dulu kita berusaha perangi sifat putus asa,, jika dulu kita kuat berpegang dgn JANJI2 indah dr NYA,, tp segalanya boleh musnah dgn sekejapan jika kita goyah. Apa yg ukhti buat ni btul dh. Skurang-kurang ukhti x bersendirian. Dlm keadaan iman begini memng seharusnya kita luahkan pd manusia setelah mengadu pd NYA terlebih dahulu sebelum nya.. ”. jannah terus saja member kata perangsang buat raudah utk menambh keyakinannya.



Lama raudah mendiamkn diri,, tika itu dia cuba sedaya upaya utk menangkis bisikan2 kecil itu. Di dlm hati,,dia tdk henti2 memohon pd Ilahi agar d beri kekuatan. Hati kecil nya menjerit2 mengatakan “ayuh raudah juallah seluruh jiwa mu kpd ALLAH!!!,, sabar & redha atas aturan NYA!..”.. tiba2 raudah berdiri dn mendongak kelangit. Seakan-akan mencari sesuatu. Burung2 yg beterbangan d dada langit menggamit ketenangan d hatinya. Satu demi satu ayat2 al-quran yg menceritakan penciptaan langit dn bumi berlegar2 d kepalanya, dgn tdk semena-mena raudah mentadabur alam dgn penuh keasyikan. Saat itu juga jannah sedar bhw raudah sudah pn mendapatkn kekuatan. Jannah meraskan 1 keajaiban dn bukti kekuasaan Tuhan benar2 d hadapkan pd nya. Dimana keyakinan pd ayat ALLAH: “orang yg bersabar akan sentiasa berada di sisinya….org yg mendapat hidayah dr ALLAH makin hari makin bertambah utknya sekiranya dia benar2 bersyukur…sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amat dekat…”.
“syukran ya ukhti. Ana dh lega skrg. Ya ana ad buat kesilapan,, doakan taubat ana d terima oleh NYA ye..ana tahu stiap ujian yg kecil mahupun yg besar jika d hadapi dgn tenang,,tabah,,ikhlas & redha insyaallah smuanya tiada masalah”kata raudah kpd jannah.

Jannah menjawab “betul tu ukhti,, bukan kah org yg selalu d uji itu doanya lebih mustajab?,, bukankah ujian yg d beri itu d beri utk membuktikan tahap keimanan & kecintaan kita pd ny?.. nah..ini praktikalnya..”

Raudah menyambuh kata-kata jannah “ya ini praktikal nya atas ap yg telah kita sampaikan.. kita x boleh LEMAH,, kerana org yg beriman semakin di uji semakin mantap iman & akidah nya. Bkn semakin LEMBIK apatah lagi tersasar jauh..dn yg penting jgn merasa penat utk melakukan kebaikan,,kerana ALLAH xpernah mensia2 kn nya. Tetapkan pd hati bukan ganjaran pahala & kesenangan yg kita harapkan tetapi rahmat dn redha Nya lah yg kita impikan”…jannah menyahut “kerana masuknya seseorang itu ke dalam syurga bkn kerana pahala & amalan kebajikannya tetapi kerana rahmat dr Nya..”
Raudah & jannah serentak berkata “jangan berhenti berharap,,yakin lah dengan janji Nya..sesungguhnya janji ALLAH adalah adalah 1 KEPASTIAN”

-TAMAT-

Begitulah serba sedikit cerpen ringkas yg cuba ana kongsikan,,dimana cerita ini berkisarkan sepasang sahabat karib yg begitu akrab. Mereka sering kali bertemu & ap yg d kongsikan semuanya berkisarkan “kekuasaan ALLAH”.

Sekarng kita cuba tnya pd diri,, adakah kita pernah menghadapi situasi begini?? Apakah usaha kita bila tersedar dr kesilapan yg d buat,, adakah kita tetap teguh dgn pendirian…atau hanyut dgn tipu daya DUNIAWI…tepuk dada Tanya IMAN.
Dalam hadith nabi,, hadith ke 41 An-Nawawiyah.. “Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amr bin Ash ra. Berkata: Rasulullah saw. Bersabda, “Tidak beriman seseorang di antara kalian sehingga hawa nafsunya mengikuti ajaran-ajaran yang aku bawa.” Hadith sahih, di riwayatkan dlm kitab Al-Hujjah dengan sanad yg sahih”…….

Di sini ana ingin beri ketegasan pd dri sndiri juga sahabat sekalian.
Beratus-ratus ayat ALLAH yg d turun kn pd nabi keseluruhannya mengandungi HIKMAH yg xternilai sekiranya setiap JIWA benar2 beriman & beramal dengan nya. AYUH kita amalkan dengan sebaik-baiknya.. sungguh,, nabi xpernah berkata bohong “kitab suci AL-QURAN & sunnah adalah satu2nya panduan HIDUP buat kita”

Insyaallah…moga kita sma2 dapat baiki diri.. amin.. “Ya ALLAH mudahkan la urusan kami..wahai ALLAH yg Maha membolak balik kan Hati tetapkan lah hati kami..”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...