Assalamulaikum pembaca blog Hamba Kasih Ilahi :)
Kepada yang baca full text atau yang hanya baca tajuk post syukran ana ucapkan atas kesudian klik atau 'ter' klik link blog ana. Biasa la, kerja uncle google memang macam tu. Taip lain, lain pula result 'search' nya.
Afwan..afwan..
Tik Tok Tik Tok.. 2013 dah setengah tahun berlalu. Sekarang kita sudah berada dalam bulan Mei. Ana (bukan kaki blog) seperti biasa setiap tahun kerjanya mengemas habuk-habuk dan sawang yang berselirat. Inilah kesan kurang gemar menaip. Selama ni ana tidak serius update artikel disini dan juga bukan fokus utama penyampaian tazkirah.
Dahulu kala asbab atau penyebab utama ana menulis blog adalah pengaruh kawan-kawan. Acecece.. Hehe. Macam-macam lah gaya penulisan blogger yang ana perhatikan. Sedikit sebanyak blogger diluar sana beri gambaran bagaimana penyampaian sesuatu maklumat atau pengisian dapat diberi dengan pelbagai kaedah. Yang penting penulisan blog dapat menarik minat 'silent reader' yang asyik mencedok maklumat-maklumat yang berguna. Jika penulisan kita itu sahih sumbernya dan tepat segala fakta yang diungkap tak mengapa, tetapi kalau lah blogger suka suki menggoreng itu dan ini tanpa cek kesahihannya alangkah malangnya si silent reader itu. KIta lah akan dipertanggungjawabkan kelak atas sikap kurang amanah dalam menyampai.
Blog 'kanak-kanak' ni penuh dengan cacat cela. Allah... segan nya! manakan tidak, kadang kala post tidak bertajuk. Ikut suka nak publish saja.. Tak masuk lagi dengan typing error yang berguni-guni itu. Makanya ana buat keputusan, diusia yang sedikit matang ni (acecee..) ana nak hapuskan mana-mana post yang perlu. Ana dapati post masa muda-muda dulu terlalu keanak-anakan. Walaupun masih ada unsur-unsur bahan tarbiah tetapi tidak boleh diselamatkan lagi. Pendek kata, ana tak mau delete blog ni. Every single things come to my life have its own valuable values. Jadi, ana hanya akan 'topup' dengan bahan-bahan lain yang terbaru.
Ok.. jam dah lama melepasi pukul 12. Dan hari ini dah masuk 16 Mei (Hari Guru). Bersempena sambutan hari guru ini, ana ucapkan Selamat Hari Guru kepada insan-insan mulia yang pernah mengajar ana secara direct atau tidak. Khususnya ucapan terima kasih yang tak terhingga ana ucapkan kepada guru yang mengajar ana di:
Tabika Kemas Paya Tanjong
Sekolah Kebangsaan Paya Dalam
Sekolah Rendah Agama Paya Dalam
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota
Kolej Matrikulasi Kedah
Universiti Malaysia Pahang
Ucapan yang lebih istimewa, untuk abah tersayang.. Abah, selamat mengajar esok. Terima kasih sebab abah beri suapan makanan yang bersih. Hasil titik peluh abah menabur bakti pada anak bangsa. Tahun ni tahun last yer abah.. Lepas ni pencen, abah rehat lah dirumah teman kan emak yang soleh itu. hihi.. Biar kami anak-anak yang jaga abah dan emak. Moga Allah cucuri rahmat keatas emak dan abah tercinta didunia dan akhirat.
Kepada kaki blog, silent reader, stalker dan segala jenis insan yang menziarahi blog ini, ana dahului dengan ucapan terima kasih. :) Diam-diam blog ini dah berusia 4 tahun.. hihi.. JAZAKALLAH..